Skip to main content

Malaysia

Polis peroleh petunjuk baharu kes samun bersenjata di Sungai Pelek

SHAH ALAM, 11 Mac -- Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini berhubung dua sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan bunga ganja lebih 200 kilogram (kg) bernilai RM14.6 juta di beberapa kawasan di negeri itu pada awal bulan ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Shazeli berkata, berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh, pihaknya yakin dapat menjejaki suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan. - Gambar BERNAMA

SHAH ALAM: Polis memperoleh beberapa petunjuk baharu berhubung siasatan kes pecah masuk rumah dan samun melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata di Taman Aman, Sungai Pelek, Sepang, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh, pihaknya yakin dapat menjejaki suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Advertisement

Menurut beliau, siasatan awal mendapati terdapat beberapa petunjuk positif yang kini sedang diteliti bagi membantu mengesan individu terbabit.

"Setakat ini kita memperoleh beberapa maklumat penting yang boleh membantu mengenal pasti suspek.

"Polis sedang menjejaki maklumat tersebut bagi mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Isnin.

Bagaimanapun, Shazeli tidak mendedahkan sama ada rumah mangsa menjadi sasaran khusus atau dipilih secara rambang kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

"Perkembangan lanjut kes ini akan dimaklumkan dalam satu kenyataan media yang dijangka dikeluarkan sama ada saya atau Ketua Polis Daerah Sepang dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun bersenjata tersebut pada 13 Mac lalu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun, berada di rumah bersama ahli keluarganya sebelum didatangi sekumpulan suspek dipercayai seramai empat orang.

“Suspek dipercayai bersenjatakan senjata dan bertindak menyerang mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” katanya.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Must Watch Video