awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah kesayangan Myanmar, Momo, sambut ulang tahun ke-72

Bernama
Bernama
26/10/2025
10:22 MYT
Gajah kesayangan Myanmar, Momo, sambut ulang tahun ke-72
Pihak Zoo Yangon meraikan hari lahir Momo setiap tahun bagi menghargainya dan meningkatkan kesedaran awam mengenai gajah. - Instagram @yangon_zoological_garden
YANGON: Gajah kesayangan Myanmar, Momo, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-72 dengan pesta meriah selama tiga hari dari 24 hingga 26 Okt di Taman Zoologi Yangon, lapor Xinhua.
Acara utama termasuk upacara memotong kek buah yang diadakan pada Ahad, menarik kehadiran ramai pengunjung.
"Momo tiba di Taman Zoologi Yangon pada 1961 ketika berusia tujuh tahun. Selama beberapa dekad, ia telah menceriakan generasi pengunjung dengan kebolehannya menari dan bertindak balas apabila namanya dipanggil," kata pengurus operasi zoo, Khin Maung Htwe.
"Kami memberikan Momo pemeriksaan kesihatan secara berkala dan menyediakan makanannya dengan teliti. Momo banyak berjasa kepada zoo kami. Ia pernah membuat persembahan dalam pertunjukan tarian gajah sehingga 2013, ketika berusia 60 tahun," katanya.
"Sejak itu, kami meraikan hari lahirnya setiap tahun bagi menghargainya dan meningkatkan kesedaran mengenai gajah. Momo ialah bintang taman kami dan amat disayangi para pengunjung," tambahnya.
Sambutan itu turut diserikan dengan sesi perkongsian oleh penjaga zoo, persembahan secara langsung, pertunjukan silap mata, permainan serta pesta ria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah
#Myanmar
#Momo
#zoo yangon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan