awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan talian, 10 juta pengguna telefon, internet di Australia terjejas

Bernama
Bernama
08/11/2023
11:30 MYT
Gangguan talian, 10 juta pengguna telefon, internet di Australia terjejas
Optus menasihatkan pelanggan yang perlu menghubungi perkhidmatan kecemasan supaya meminta bantuan ahli keluarga atau jiran yang menggunakan rangkaian lain. - Gambar/ Reuters
SYDNEY: Gangguan rangkaian Optus, penyedia khidmat telefon bimbit kedua terbesar di Australia, melumpuhkan perkhidmatan telefon dan internet bagi lebih 10 juta orang pada Rabu, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Sejak awal pagi, pelanggan di seluruh negara tidak dapat membuat panggilan atau melayari internet, lapor media Australia.
Menurut laporan penyiar 9News, ini merupakan gangguan telekomunikasi terbesar dalam sejarah negara itu.
Kerosakan dijangka mengambil masa beberapa jam untuk dipulihkan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu pada tengah hari.
"Berita baiknya adalah kami ada cara untuk memulihkan keseluruhan rangkaian yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat," menurut pengarah urusan Optus Kelly Bayer Rosmarin kepada stesen radio Sydney 2GB.
"Ini adalah kejadian yang sangat luar biasa dan kami akan memberikan butirannya sebaik sahaja kami mengetahui puncanya," kata beliau.
Setakat ini belum jelas mengenai punca gangguan, dengan pihak berkuasa menolak serangan siber sebagai punca.
Internet, perkhidmatan mudah alih dan sambungan ke beberapa jabatan kerajaan turut terganggu, termasuk sambungan telefon ke hospital dan perkhidmatan kecemasan.
Di laman sesawangnya, Optus menasihatkan pelanggan yang perlu menghubungi perkhidmatan kecemasan supaya meminta bantuan ahli keluarga atau jiran yang menggunakan rangkaian lain.
Gangguan itu juga menjejaskan rangkaian pengangkutan awam di beberapa bandar dan kegagalan sistem pembayaran mudah alih.
Optus merupakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi kedua terbesar di Australia selepas Telstra.
Syarikat itu menjadi tajuk utama pada tahun lepas apabila penggodam mencuri data sensitif daripada berjuta-juta warga Australia dalam serangan ke atas sistem Optus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#gangguang perkhidmatan
#terputus hubungan
#Optus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan