Satu gegaran susulan berkekuatan 6.1 magnitud menggegarkan pesisiran Ecuador pada Rabu, lantas mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang baru empat hari lalu dilanda gempa kuat hingga mengorbankan lebih 500 nyawa dan mencederakan beribu-ribu orang.
Gempa terbaharu itu tidak menyebabkan kemusnahan atau kehilangan nyawa, namun telah menggoncang tanah dengan kuat pada waktu malam.
Kejadian itu membuatkan penduduk lari lintang-pukang ke jalanan di bandar Pedernales.
Sesetengah keluarga mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan terbuka lantaran bimbang kediaman mereka runtuh seperti banyak bangunan lain yang musnah dalam bencana empat hari sebelumnya, lapor AFP.
Angka kematian terus meningkat dan secara tidak langsung memberi tekanan kepada pasukan kecemasan untuk menjalankan tugas mereka mencari mangsa di bawah kesan runtuhan.
Presiden Rafael Correa berkata, angka rasmi kini mencatatkan seramai 525 orang maut, 5,733 cedera dan 163 masih hilang.
“Malangnya, angka kematian akan terus meningkat, walaupun pada kadar yang perlahan. Banyak mayat sudah ditemui,” ujarnya.
Sekurang-kurangnya 11 warga asing turut menjadi korban dalam gempa pada Sabtu lalu di pesisiran Pasifik yang popular dalam kalangan pelancong. Mereka terdiri daripada warga Britain, Kanada, Ireland dan beberapa negara Amerika Latin.
Pihak berkuasa Ecuador mencatatkan terdapat lebih 500 gegaran susulan berlaku sejak bencana 7.8 magnitud pada Sabtu.
Agensi
Thu Apr 21 2016
Anjing pengesan turut digunakan dalam usaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah timbunan konkrit bangunan di Pedernales akibat gempa bumi Sabtu lalu. - Foto AFP
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Gegaran baharu 6.1 magnitud cetus panik di Ecuador
Sesetengah keluarga mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan terbuka lantaran bimbang kediaman mereka runtuh.