ISTANBUL:Angka korban kejadian gempa bumi kuat di Laut Aegea yang menggegarkan Turki dan Greece, meningkat kepada 12 orang.
Menurut laporan Reuters, seramai 321 mangsa turut cedera dalam kejadian tersebut.
Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) memaklumkan, terdapat juga individu yang meninggal dunia akibat lemas, berikutan ombak tinggi yang membadai kawasan pesisiran pantai.
Kebanyakan mangsa terkorban dan cedera akibat runtuhan bangunan yang berlaku di wilayah Izmir.
Menurut laporan media antarabangsa, gegaran dirasai sehingga ke Istanbul dan kepulauan Greece.
BACA: Gempa bumi kuat landa Laut Aegea, gegarkan Turki dan Greece
Ombak tinggi turut kelihatan di kedua-dua negara menyebabkan banjir kilat di pesisiran pantai Izmir.
Terdahulu, satu kejadian gempa bumi kuat melanda Laut Aegea, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.
Beberapa bangunan di Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter di sekitar wilayah itu.
Agensi
Fri Oct 30 2020

Kebanyakan mangsa terkorban dan cedera akibat runtuhan bangunan yang berlaku di wilayah Izmir. - Gambar AP

Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem - Laporan UNODC
Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia masih berada pada tahap ekstrem dan dilihat semakin pelbagai, menurut laporan UNODC.

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

Gempa bumi Laut Aegea: Remaja diselamatkan selepas 58 jam tertimbus
Media tempatan melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Idil Sirin, berjaya diselamatkan daripada runtuhan pangsapuri.

Gegaran gempa di Turki, Greece: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra
Kementerian Luar malam ini mengesahkan, tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dengan gempa bumi yang menggegarkan Turki dan Greece.

Gegaran gempa di Turki, Greece: Angka korban meningkat kepada 12
Angka korban kejadian gempa bumi kuat di Laut Aegea yang menggegarkan Turki dan Greece, meningkat kepada 12 orang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Laut Aegea: Enam terbunuh dalam runtuhan bangunan di Turki
Enam terbunuh manakala 202 lagi cedera dalam runtuhan bangunan di wilayah Izmir, Turki susulan gempa bumi kuat yang melanda Laut Aegea pada Jumaat.

Gempa bumi kuat landa Laut Aegea, gegarkan Turki dan Greece
Satu kejadian gempa bumi kuat melanda Laut Aegea pada Jumaat, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.