awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman

Faida Rahim
Faida Rahim
29/09/2022
06:34 MYT
Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman
Jurucakap Kementerian Tanju Bilgic berkata, pihaknya mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Speaker Parlimen Persekutuan Jerman itu mengenai Presiden Erdogan (gambar). - AP Newsroom
ANKARA: Kementerian luar Turki memanggil Duta Besar Jerman di Ankara berikutan kenyataan yang dibuat oleh wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai ‘tikus longkang’.
Menurut jurucakap Kementerian Tanju Bilgic, pihaknya mengutuk keras kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Speaker Parlimen Persekutuan Jerman itu mengenai Presiden Erdogan dalam ucapannya semasa berkempen menjelang pilihan raya di Lower Saxony.
“Dia (Kubicki) tidak memiliki moral dan tanggungjawab dalam berpolitik. Kenyataan tidak berasas itu pada dasarnya memberi gambaran tentang tahap politik dan moral Kubicki, dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang biadab," tegas Bilgic.
Menerusi laporan Reuters, Kubicki mengesahkan membuat kenyataan itu semasa perhimpunan kempen pilihan raya dalam usaha menarik perhatian kepada peningkatan bilangan pendatang tanpa izin dari Turki yang masuk ke German melalui Balkan.
"Tikus longkang dilihat kecil, comel, tetapi pada masa yang sama makhluk yang bijak dan licik yang muncul dalam cerita kanak-kanak," kata Kubicki, memetik filem animasi popular Ratatouille sebagai contoh.
Kubicki yang juga merupakan penggubal undang-undang Parti Demokratik Bebas (FDP) berkata Erdogan berjanji dan bersetuju untuk mengekang bilangan pelarian yang memasuki negara Kesatuan Eropah pada 2015.
“Pada masa sama negara mengambil perhatian bahawa gelombang pelarian di sepanjang laluan Balkan (dari Turki ) sekali lagi meningkat, yang merupakan cabaran bagi dasar luar dan dalam Jerman,” katanya.
Menghina presiden merupakan sebuah jenayah di Turki di mana Erdogan dan parti pemerintahan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) telah memerintah selama dua dekad.
Topic Berkaitan
#Presiden Erdogan
#Turki
#Kesatuan Eropah
#Ankara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan