KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda Laut Jawa pada Jumaat, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Gempa itu berlaku pada kedalaman 9 kilometer kira-kira 159 kilometer utara dari Surabaya, Indonesia.

Menurut MetMalaysia lagi, gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.