Skip to main content

Dunia

Gempa 5.9 magnitud gegar New Zealand

81590355755_GempaNewsZealand.jpg
Satu gempa bumi berkekuatan 5.9 magnitud menggegarkan Levin di New Zealand (NZ) sebentar tadi.

Agensi pemantauan ancaman geologi NZ, Geonet melaporkan gempa yang berlaku jam 7.52 pagi waktu tempatan (3.52 pagi waktu Malaysia) itu dikesan pada kedalaman 37 kilometer.

Gegaran dilapor dirasai di ibu negara Wellington dan beberapa wilayah lain termasuk Blenheim, Raumati, Lyttelton, dan Petone.


Tiada kerosakan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video