DUNIA
Gempa 6.0 magnitud landa tenggara Iran

Menurut USGS, pusat gempa terletak pada jarak 50 km di timur laut Kerman yang menempatkan populasi lebih 821,000 penduduk. -Google Maps
Gempa berkekuatan 6.0 magnitud melanda tenggara Iran berhampiran bandar Kerman pada Jumaat.
Menurut kenyataan jabatan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak pada jarak 50 km di timur laut Kerman yang menempatkan populasi lebih 821,000 penduduk.
Gempa yang melanda pada kedalaman 10 km itu pada awalnya dilapor berukuran 6.3 magnitud sebelum ditaraf semula oleh agensi berkenaan seketika kemudian.
Gempa 6.0 magnitud dianggap kuat dan boleh menyebabkan kerosakan teruk apabila melanda kawasan cetek.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami