Gempa bumi berkekuatan lebih 5 magnitud dikesan di Korea Utara, namun kegelisahan ramai adalah mengenai kemungkinan itu adalah impak sebuah ujian nuklear di negara itu.

Pusat Seismologi Mediteranean Eropah (EMSC) mencatatkan gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer, pada jam 9 pagi waktu tempatan di Korea Utara dan sejauh 349 kilometer di tenggara Jilin di China.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) juga mengesan gegaran kuat itu dengan bacaan 5.3 magnitud, di timur laut Sungjibaegam, Korea Utara.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, melaporkan gegaran itu berlaku di tapak ujian nuklear Korea Utara, dengan memetik sumber pemerintah Korea Selatan yang menyatakan gempa itu berpunca daripada ujian nuklear.