Gempa bumi dengan kekuatan 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan yang terletak 136 kilometer (km) dari barat laut Naha, Jepun pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat gempa, dengan kedalaman 14.04 km, ditentukan pada 26.8204 darjah utara dan 126.4845 darjah timur, lapor Xinhua.

-- BERNAMA