Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 6.1 magnitud landa wilayah Mie, Jepun

71668427415_GempaBumiGeneric.jpg
TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.1 melanda pantai tenggara wilayah Mie, kata agensi cuaca pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran yang berlaku pada 5.09 petang waktu tempatan itu terletak pada latitud 33.6 darjah utara dan longitud 137.5 darjah timur.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 350 km, kata JMA.

Gempa bumi itu, dirasai sejauh wilayah Aomori di utara dan wilayah Shizuoka di selatan, mencatatkan 4 pada skala intensiti seismik Jepun yang memuncak pada 7, di wilayah Fukushima dan Ibaraki, kata JMA.

Ia juga mencatatkan 3 pada skala seismik di beberapa wilayah, termasuk Tokyo, Chiba, Saitama, Tochigi, Kanagawa, kata agensi cuaca.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video