awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi 7.1 magnitud landa Kepulauan Tonga - USGS

Agensi
Agensi
30/03/2025
13:45 MYT
Gempa bumi 7.1 magnitud landa Kepulauan Tonga - USGS
Pusat gempa dipantau pada 20.30 darjah selatan dan 173.75 darjah barat.
GEMPA berkekuatan 7.1 magnitud melanda perairan berdekatan negara kepulauan Pasifik, Tonga, diikuti amaran ombak tsunami, menurut Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gegaran itu berpunca di kedudukan 90 kilometer (km) di tenggara perkampungan Pangai, dengan amaran mengenainya turut diisytiharkan di Pulau Niue.
Pusat gempa dipantau pada 20.30 darjah selatan dan 173.75 darjah barat.
"Ombak tsunami setinggi 0.3 hingga 1 meter di atas paras air pasang juga berkemungkinan berlaku di pesisiran Niue dan Tonga," menurut data sistem amaran AS itu.
Sebelumnya, sistem tersebut telah mengeluarkan amaran tentang kemungkinan 'tsunami berbahaya dalam lingkungan 300km dari pusat gempa di sepanjang pesisiran Tonga.'
Agensi bencana kebangsaan Tonga juga telah mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya menjauhi kawasan pantai.
"Penduduk yang berada di kawasan rendah digesa berpindah ke kawasan daratan yang lebih tinggi," tegas Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Tonga di media sosial.
Kejadian gempa bumi sering terjadi di Tonga, iaitu gugusan kepulauan yang menjadi kediaman bagi sekitar 100,000 orang.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Kepulauan Tonga
#cenc china
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan