awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Afghanistan: Angka korban meningkat ke 120, lebih 1,000 cedera

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2023
22:20 MYT
Gempa bumi Afghanistan: Angka korban meningkat ke 120, lebih 1,000 cedera
Kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan golongan warga emas. - Foto fail/Shadab Javed
HERAT: Ratusan penduduk dikhuatiri terkorban dan lebih daripada 1,000 yang lain cedera susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda negara itu pada kedudukan 40km dari Herat pada jam 11 malam waktu tempatan, menyebabkan banyak bangunan musnah.
Sebanyak tiga gempa susulan kuat dilaporkan dan kebanyakan mangsa maut akibat dihempap bangunan runtuh.
Ketua badan pengurusan bencana wilayah, Mosa Ashri berkata setakat ini sekurang-kurangnya 120 individu disahkan maut dalam kejadian itu dan lebih daripada 1,000 yang lain cedera kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Laporan awal meletakkan angka korban kepada 15 individu namun ia dijangka meningkat.
Herat terletak 120km di timur sempadan Iran dengan kira-kira 1.9 juta penduduk, menurut data Bank Dunia pada tahun 2019.
Afghanistan sering dilanda gempa bumi terutamanya di banjaran gunung Hindu Kush.
Pada bulan Jun tahun lepas wilayah Paktika dilanda gempa kuat berukutan 5.9 magnitud dan meragut lebih 1,000 nyawa dan menyebabkan puluhan ribu yang lain kehilangan tempat tinggal.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#angka korban
#gempa susulan
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan