awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi bermagnitud 4.3 cetus panik di kawasan San Francisco

Bernama
Bernama
22/09/2025
16:37 MYT
Gempa bumi bermagnitud 4.3 cetus panik di kawasan San Francisco
Agensi pemantauan gempa bumi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa terletak berhampiran Bandar Berkeley, di timur San Francisco. - Gambar fail/AP
BERKELEY (Amerika Syarikat): Gempa bumi bermagnitud 4.3 mengejutkan penduduk di kawasan Teluk San Francisco awal Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Agensi pemantauan gempa bumi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa terletak berhampiran Bandar Berkeley, di timur San Francisco.
Tiada laporan kerosakan besar setakat ini.
California merupakan kawasan yang sangat terdedah kepada gempa bumi kerana Laluan Sesar San Andreas merentangi hampir 1,300 kilometer di negeri barat itu.
Pada garis sesar tektonik di kerak bumi ini, Plat Pasifik bergerak ke arah barat laut dan bergesel dengan benua Amerika Utara, sekali gus membina tekanan besar yang boleh dilepaskan dalam bentuk gempa bumi.
Berhampiran Berkeley, satu lagi zon sesar iaitu Sesar Hayward melalui kawasan berpenduduk padat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#San Francisco
#USGS
#Berkeley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan