awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi berskala 8.0 landa Kepulauan Solomon

AFP
AFP
06/02/2013
02:52 MYT
Gempa bumi berskala 8.0 landa Kepulauan Solomon
Satu gempa bumi berukuran 8.0 magnitud dikhuatiri telah meranapkan perkampungan di Kepulauan Solomon pada Rabu sekaligus menyebabkan tsunami dengan potensi memusnahkan negara-negara di pantai Pasifik, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Menurut pusat amaran tersebut, pemantauan aktiviti Tsunami dilakukan dari Hawaii serta New Zealand. Walaubagaimanapun, pegawai bertugas memberitahu bahawa tiada ancaman Tsunami ke atas Australia.
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu melanda berhampiran Kepulauan Santa Cruz di Kepulauan Solomon, yang telah mengalami satu siri gegaran kuat sepanjang minggu lalu, pada kedalaman 5.8 kilometer.
Satu gempa bumi susulan yang kuat dengan magnitud 6.4 turut direkodkan.
Pada 2007, aktiviti tsunami berikutan satu gempa bumi dengan magnitud 8.1 menyebabkan sekurang-kurangnya 52 penduduk Kepulauan Solomon maut dan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal.
Kepulauan Solomon adalah sebahagian daripada ‘Lingkaran Api Pasifik’ iaitu zon aktiviti tektonik di sekitar Lautan Pasifik yang terdedah kepada aktiviti gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Amaran tsunami ini dikeluarkan di Kepulauan Solomon, Vanuatu, Nauru, Papua New Guinea, Tuvalu, New Caledonia, Kosrae, Fiji, Kiribati serta Kepulauan Wallis dan Futuna.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Kepulauan Solomon
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan