Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud landa negeri Oaxaca, Mexico

Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda negeri Oaxaca di selatan Mexico pada Khamis.
MEXICO CITY: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda negeri Oaxaca di selatan Mexico pada Khamis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku 23 kilometer (km) dari bandar Salina Cruz pada kedalaman 62.2 km.
Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


