'Black dan Eddie sentiasa ada dalam doa dan sujud saya' - Awie Wings

Awie mendedahkan sentiasa mendoakan kesejahteraan Black dan Eddie yang pernah susang dan senang bersama Wings selepas keduanya meninggalkan kumpulan tersebut. - Foto Astro Gempak
VOKALIS Wings, Datuk Awie menjelaskan dirinya berlapang dada dengan pengunduran dua anggota kumpulan tersebut iaitu Eddie dan Black beberapa hari sebelum ulang tahun Konsert Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi yang berlangsung pada 28 November baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Datuk Awie menjelaskan bahawa pengunduran dua ahli Wings, Eddie dan Black, sebelum ulang tahun konsert Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi adalah perkara biasa dalam industri muzik.
- Awie mendedahkan bahawa beliau sentiasa mendoakan kejayaan dan kesihatan Eddie dan Black walaupun mereka telah meninggalkan kumpulan Wings.
- Awie menegaskan bahawa ucapannya mengenai rangkaian lagu Wings kepada individu yang dituduh mengkhianati kumpulan itu hanyalah kiasan dan tidak ada maksud negatif di sebaliknya.
“Jadi, ia biasa dan tidak perlu digusarkan dan tiada apa yang perlu digusarkan,” kata Awie sewaktu ditemui media selepas sidang media Sembilu: The Reunion Live in Concert di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Malah Awie mendedahkan sentiasa mendoakan kesejahteraan Black dan Eddie yang pernah susang dan senang bersama Wings selepas keduanya meninggalkan kumpulan tersebut.
“Sepatutnya saya tak perlu beritahu apa doa saya.
“Saya sentiasa doakan dia orang berjaya dunia akhirat, sihat tubuh badan, limpah ruah rezeki. Saya doa.
“Orang tak perlu tahu doa saya sebenarnya, tapi hari ini saya bagi tahu. Setiap sujud saya, dia orang dalam doa saya,” katanya lagi.
Awie turut mengulas tentang ucapannya mengenai rangkaian lagu popular mereka kepada beberapa individu yang didakwa meninggalkan perjuangan serta mengkhianati perjalanan kumpulan rock legenda itu.
Ucapan penuh kiasan itu disampaikan Awie pada segmen terakhir konsert anjuran Rumah Produksi Merah (RPM) yang berlangsung di Idea Live Arena.
“Tak ada apa-apa. Sebenarnya itu list lagu saja. Kebetulan, list lagu dalam Wings tu ada list lagu sebegitu kan. Jadi, saya cuma meluahkan sedikit rasa hati yang melalui lagu-laguan itu.
“Kebetulan, lillahi Taala saya tidak menyusun. Bila kita susun list-list lagu tu kan, tiba-tiba eh... macam kena je. Ha itu je, tak ada apa-apa. Tak ada lebih daripada itu, katanya.
Terdahulu Eddie yang merupakan pemain bass dan Black (dram) mengumumkan secara rasmi meninggalkan Wings pada 8 Oktober 2025.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah penjelasan Datuk Awie mengenai pengunduran dua ahli Wings, Eddie dan Black? A: Datuk Awie menjelaskan bahawa perpecahan dalam kumpulan adalah perkara biasa yang berlaku di seluruh dunia.
- Q: Apakah doa yang sentiasa dipanjatkan oleh Awie untuk Black dan Eddie selepas mereka meninggalkan Wings? A: Awie sentiasa mendoakan kejayaan, kesihatan, dan rezeki yang berlimpah untuk Black dan Eddie.
- Q: Mengapakah Awie memberikan penjelasan mengenai ucapannya mengenai rangkaian lagu popular Wings kepada individu yang didakwa mengkhianati perjalanan kumpulan tersebut? A: Awie memberikan penjelasan bahawa ucapannya mengenai rangkaian lagu itu hanyalah berkaitan dengan senarai lagu yang kebetulan ada dalam repertoir Wings, tanpa maksud lain.
- Q: Bila Eddie dan Black secara rasmi mengumumkan pengunduran diri dari Wings? A: Eddie dan Black secara rasmi mengumumkan pengunduran diri dari Wings pada 8 Oktober 2025.
- Q: Apakah konsert penting Wings yang berlangsung pada 28 November baru-baru ini? A: Konsert Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi berlangsung pada 28 November baru-baru ini.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

