awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
Jepun hidupkan semula loji nuklear terbesar dunia buat pertama kali sejak 2011
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun durian Raub tarik balik rayuan kes notis pengusiran

Bernama
Bernama
04/12/2025
11:20 MYT
Pekebun durian Raub tarik balik rayuan kes notis pengusiran
Mahkamah membatalkan rayuan itu selepas peguam pekebun terbabit memaklumkan bahawa anak guamnya tidak akan meneruskan rayuan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Pertikaian undang-undang antara pekebun durian Raub, Kerajaan Negeri Pahang dan beberapa agensi berhubung notis pengusiran berakhir hari ini selepas para pekebun menarik balik rayuan mereka.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Lim Chong Fong membatalkan rayuan itu selepas peguam pekebun terbabit Brendan Navin Siva memaklumkan bahawa anak guamnya tidak akan meneruskan rayuan.
Turut bersidang Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dan Datuk Ismail Brahim.
Brendan memaklumkan mahkamah bahawa beberapa responden termasuk Kerajaan Negeri Pahang dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) menuntut kos.
Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Abdul Hafiz Razat memaklumkan mahkamah bahawa kerajaan negeri menuntut kos bagi kerja-kerja berkaitan rayuan kes itu.
Peguam PKPP Mohd Fairuz Abdullah pula berkata anak guamnya juga menuntut kos kerana mereka telah meneliti rekod rayuan.
Fong kemudian memberikan kos guaman sebanyak RM8,000 kepada Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang dan PKPP manakala Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd tidak menuntut kos.
Tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman pekebun terbabit untuk mencabar arahan kerajaan negeri untuk mengusir mereka dari kebun di kawasan Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum.
Hakim Datuk Seri Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa keputusan responden untuk mengeluarkan notis pengusiran dibuat selaras dengan keperluan undang-undang dan tidak dicemari oleh unsur-unsur ketidaksahan, ketidakrasionalan atau niat jahat.
Beliau memberikan kos berjumlah RM200,000 kepada Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri dan Kerajaan Negeri Pahang serta kos masing-masing sebanyak RM200,000 kepada PKPP dan Royal Pahang Durian Resources.
Para pekebun itu memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang dan PKPP.
Mereka juga memohon perintah mandamus bagi memaksa Pentadbir Tanah Daerah Raub dan Pengarah Jabatan Perhutanan Panag untuk memberikan pajakan bagi tanah yang terlibat kepada para pekebun atau wakil yang mereka namakan.
Pada prosiding hari ini, peguam Mohd Irwan Ismail mewakili Royal Pahang Durian Resources manakala Abdul Hafiz dan Rozanna Abd Hadi hadir bagi pihak Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri serta Kerajaan Negeri Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pekebun durian Raub
#kes mahkamah
#keputusan mahkamah
#Musang King
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami