TOKYO: Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam siri gempa bumi kuat yang melanda kawasan pantai barat Jepun ketika sambutan Tahun Baharu 2024 diraikan.
Mangsa dipercayai tertimbus selepas berlaku rumah runtuh di Wajima, wilayah Ishikawa di mana kebakaran berskala besar terjadi selepas gempa bumi itu.
Pihak berkuasa berkata, kebakaran berlaku pada transformer di stesen kuasa nuklear Shika Hokuriku Electric Power Company di wilayah Ishikawa.
Kebakaran segera dipadamkan dan tiada kesan ke atas loji nuklear itu namun, lebih 36,000 rumah mengalami gangguan bekalan elektrik.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, lebih banyak kerosakan dan kecederaan dilaporkan selepas gempa bumi itu, paling kuat 7.6 pada skala Richter selain mencetuskan amaran tsunami serta perintah evakuasi di beberapa wilayah.
Gempa melanda negara itu pada petang Isnin menyebabkan kemusnahan pada bangunan dan ribuan isi rumah terputus bekalan elektrik.
Ia juga menyebabkan tsunami dengan ombak berukuran setinggi 1 meter di bahagian barat Jepun serta Korea Selatan.
Ribuan penduduk yang tinggal di kawasan tepi pantai kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Anggota tentera dikerah bagi membantu operasi menyelamat mangsa sementara sebuah lapangan terbang ditutup akibat keretakan pada landasan.
Tentera Jepun sudah mula mengagihkan keperluan kepada mangsa antaranya membekalkan makanan, air dan selimut.
Pihak berkuasa sudah menarik balik amaran tsunami sebaliknya menekankan bahawa ia kini bertukar nasihat berjaga-jaga.
Jumlah korban dan kerosakan sebenar masih tidak dapat dipastikan akibat beberapa tempat yang paling teruk terjejas terputus hubungan.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran untuk ke kawasan terjejas akibat jalan yang terhalang.
Sementara itu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata negaranya sedia menghulurkan bantuan kepada Jepun susulan gempa bumi berkenaan.
Kerajaan Jepun dalam satu kenyataan pada Isnin malam berkata ia telah mengarahkan lebih 97,000 penduduk di sembilan wilayah di barat Pulau Honshu untuk meninggalkan rumah mereka.
Kesemua mangsa kini ditempatkan di dewan sukan dan sekolah yang sering digunakan sebagai pusat pemindahan sementara dalam keadaan kecemasan.
Astro Awani
Tue Jan 02 2024
Penduduk di Shikamachi, wilayah Ishikawa berjalan di sebelah sebuah rumah yang runtuh akibat gempa bumi kuat pada Isnin. - Foto AP
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Gempa bumi di Taiwan diunjur beri kesan minimum kepada industri semikonduktor Malaysia
Antara bangunan di Hualien yang runtuh akibat gempa bumi yang melanda timur Taiwan. FOTO CNA / AFP
Gempa bumi kuat dikesan di Papua New Guinea
Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 68km iaitu 30km tenggara dari New Britain Island.
Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa timur Taiwan
Pusat gempa kali ini dikesan di Lautan Pasifik, 40.2 kilometer (km) timur- timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 16.9km.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.