Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang - Laporan

Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda Taiwan pada Isnin.- Foto AP
BEIJING: Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Televisyen Pusat China.
Kesemua 15 mangsa dilaporkan kini mendapat rawatan di hospital.
Pada Isnin, gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda pulau itu, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan, sambil menambah bahawa gempa itu mempunyai kedalaman 9.7 kilometer (6 batu).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


