Skip to main content

Dunia

Gempa bumi gegarkan sebahagian Greece, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

41684753371_GempaBumiGeneric.jpg
Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan sebahagian barat laut Greece dan wilayah di sekitar pulau percutian popular negara itu, Corfu pada awal Ahad.

ATHENS: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan sebahagian barat laut Greece dan wilayah di sekitar pulau percutian popular negara itu, Corfu pada awal Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Institut Geodinamik Universiti Athens, gegaran sederhana itu berlaku pada kira-kira 5.32 pagi (0332 GMT).

Advertisement

Media Greece melaporkan bahawa gempa itu turut dirasai di selatan Albania.

Pusat gempa tersebut berada di tanah besar berhampiran ibu kota wilayah Ioannina pada kedalaman kira-kira 10 kilometer. Banyak susulan gempa yang lebih kecil menyusul kemudian.

Ramai penduduk tersentak dari tidur dan berlari keluar dari rumah mereka. Media tempatan melaporkan terdapat gangguan bekalan elektrik sementara di beberapa wilayah. Terdapat juga kejadian tanah runtuh kecil.

Tiada kecederaan atau kerosakan ketara pada bangunan dilaporkan pada awalnya, kata pakar gempa bumi Efthymios Lekkas kepada televisyen Greece ERTNews.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video