awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa Maluku Utara

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2023
23:21 MYT
Gempa bumi kuat 6.8 magnitud landa Maluku Utara
Gempa pada jam 3.02 pagi waktu tempatan itu dikesan berpusat di 133 km barat laut daerah Pulau Morotai pada kedalaman 112 km di dasar laut. -USGS
JAKARTA: Gempa bumi kuat 6.8 magnitud melanda wilayah timur Maluku Utara, Indonesia pada pagi Jumaat.
Gempa pada jam 3.02 pagi waktu tempatan itu dikesan berpusat di 133 km barat laut daerah Pulau Morotai pada kedalaman 112 km di dasar laut.
Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Indonesia.
Gempa bagaimanapun dilapor tidak mencetuskan tsunami.
Tiada kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur atau kecederaan dilaporkan akibat gempa setakat ini, kata pihak berkuasa.
“Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa selepas gempa bumi itu,” kata jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara Abdul Muhari kepada Xinhua menerusi telefon.
“Penduduk di daerah Pulau Morotai merasai gegaran itu, tetapi mereka tidak panik,” kata ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara, Yusri A Kasim.
Indonesia terletak di zon yang terdedah kepada gempa bumi yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Lingkaran Api Pasifik
#Maluku Utara
#Pulau Morotai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan