Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala richter melanda kawasan South Sandwich Islands jam 5.33 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, setakat ini tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Pusat gempa bumi itu terletak di 58.0 darjah selatan dan 24.1 darjah barat, 3,845 kilometer tenggara dari Puerto Montt, Chile dan 12,250 kilometer barat daya Pontian, Johor.

Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke semasa.