MARRAKESH: Kementerian Dalam Negeri Maghribi memaklumkan, angka kematian akibat gempa bumi di negara itu kini telah meningkat kepada 1,037, dengan 672 mangsa cedera, lapor Reuters pada Sabtu.
Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat di runtuhan rumah-rumah yang musnah di perkampungan pergunungan terpencil di Maghribi.
Gempa bumi gempa bumi dengan magnitud 7.0 itu disifatkan yang paling dahsyat pernah berlaku di negara itu selama lebih enam dekad.
Bencana itu menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan bersejarah di Marrakesh iaitu bandar yang terdekat dengan pusat gempa.
Bagaimanapun, kebanyakan kematian dilaporkan berlaku di kawasan pergunungan di selatan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan 71km barat daya dari Marrakesh pada kedalaman 18.5km di mana gegaran turut dirasa di ibu negara, Rabat.
Rakaman video yang dimuat naik di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, memaparkan orang ramai berlari meninggalkan kediaman mereka.
Bernama melaporkan, korban akibat gempa bumi berlaku di pelbagai wilayah, termasuk Al Haouz dan Marrakesh, serta bandar Ouarzazate, Azilal, Chichaoua dan Taroudant, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Gempa bumi itu adalah gegaran paling kuat yang melanda negara Afrika Utara itu sejak abad lalu, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi.
Media tempatan melaporkan beberapa bangunan, termasuk tembok merah terkenal yang mengelilingi bandar lama dan tersenarai antara Warisan Dunia UNESCO, telah rosak.
Astro Awani
Sat Sep 09 2023
Angka kematian akibat gempa bumi di Maghribi kini telah meningkat kepada 1,037, dengan 672 mangsa cedera. - Foto REUTERS
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.