awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Maghribi: Malaysia sedia bantu usaha menyelamat, pemulihan - PM Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/09/2023
11:34 MYT
Gempa bumi Maghribi: Malaysia sedia bantu usaha menyelamat, pemulihan - PM Anwar
Anwar berkata, rakyat Malaysia di Maghribi berada dalam keadaan selamat dan kerajaan akan terus memantau situasi mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia sedia membantu Maghribi dalam usaha menyelamat dan pemulihan susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Twitter rasminya pada Ahad berkata, beliau terkejut dan sedih dengan tragedi menimpa negara tersebut.
Menurutnya, Malaysia turut bersimpati kepada mangsa dan ahli keluarga mereka yang terjejas akibat gempa bumi itu.
I'm shocked and saddened by the earthquake in #Morocco. Our deepest sympathies to the victims and their family members. May Allah grant them strength and fortitude. Malaysia stands ready to assist Morocco in rescue and recovery efforts. Alhamdulillah, Malaysians in Morocco pic.twitter.com/b0M68I9xf9
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 10, 2023
“Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka,” katanya dalam status dimuat naik pada Ahad.
Perdana Menteri turut memaklumkan rakyat Malaysia di sana dalam keadaan selamat dan kerajaan akan terus memantau situasi mereka.
Gempa bumi terburuk melanda Maghribi telah mengorbankan lebih 2,000 mangsa, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Gempa bumi dengan magnitud 6.8 pada lewat Jumaat itu melanda kawasan pergunungan yang jaraknya 72 kilometer di barat daya bandar pelancongan Marrakesh.
PBB sedia salur bantuan, sedang perinci bantuan diperlukan
Anggota tentera dan perkhidmatan kecemasan bergegas untuk ke kampung terjejas dengan ramai mangsa dikhuatiri masih terperangkap.
Pihak berkuasa negara itu juga telah mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari.
Palang Merah turut memberi amaran tempoh masa bertahun-tahun diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat bencana berkenaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#gempa bumi
#Maghribi
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan