awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi melanda bahagian utara New Zealand

AFP
AFP
16/02/2013
07:10 MYT
Gempa bumi melanda bahagian utara New Zealand
Gempa bumi yang bermagnitud 6.0 melanda pulau dibahagian Utara New Zealand, lapor US Geological Survey, namun begitu tiada kerosakkan dilaporkan.
Gempa bumi itu berlaku pada 6:16 petang (0516 GMT) berpusat sedalam 204 kilometer dan kira-kira 300 kilometer timur laut Auckland.
Gegaran itu tidak dirasakan di kawasan-kawasan utama dan polis berkata tiada laporan yang diterima berkenaan kerosakkan atau kecederaan.
Gempa bumi yang bermagnitud 6.3 pernah melanda Bandar Christchurch, New Zealand, February lepas yang telah menyebabkan 185 orang meninggal dunia.
Sementara itu, laporan juga mengatakan satu gempa bumi yang kuat berukuran 6.2 magnitud telah melanda Mindanao, selatan Filipina pada Sabtu yang lepas.
Perkara tersebut telah mencetuskan panik namun begitu tiada kerosakkan atau kecederaan dilaporkan.
Gegaran berlaku pada 12:37 malam (0437 GMT), luar kawasan pantai kira-kira 30 kilometer dari timur laut Bandar Sarangani, lapor institut seismologi Filipina.
Penduduk yang merasa gegaran tersebut bergegas keluar dari bangunan masing-masing selepas terlihat lampu bergoyang.
Namun begitu kerajaan Filipina tidak mendapat laporan mengenai apa-apa kerosakan atau kecederaan dan tiada risiko tsunami.
Filipina terletak di Lingkaran Api Pasifik kerana ianya dikelilingi oleh gunung berapi aktif dan parit tektonik.
Satu gempa bumi 7.6 magnitud pernah melanda pantai timur negara tersebut pada Ogos tahun lepas, mencetuskan amaran tsunami yang memaksa puluhan ribu untuk melarikan diri dari rumah mereka menyebabkan tanah runtuh berlaku dan seorang terbunuh.
Topic Berkaitan
#Filipina
#gempa bumi
#New Zealand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan