INTERNATIONAL
Gempa bumi Myanmar: Misi HADR hadapi risiko keselamatan

SMART berhadapan dengan isu keselamatan antaranya laporan kawasan bergolak yang masih dibom oleh tentera Myanmar. - Facebook Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia
NAYPYIDAW: Misi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR) di Myanmar menghadapi risiko apabila tentera junta masih melancarkan pengeboman di lokasi pemberontak.
Dalam satu kenyataan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berhadapan dengan isu keselamatan laporan kawasan bergolak yang masih dibom oleh tentera Myanmar dan risiko periuk api yang masih terdapat di sekitar Sagaing.
Selain itu, gegaran susulan yang masih kerap berlaku dengan magnitud antara 3 hingga 5.1, turut memberi risiko runtuhan susulan bangunan yang tidak stabil, berisiko membahayakan pasukan.
SMART juga berhadapan isu logistik, seperti bekalan petrol untuk kenderaan dan peralatan seperti genset, namun Ketua Perwakilan Malaysia (Malawakil) telah membantu mengenal pasti stesen pam yang boleh membekalkannya untuk pasukan ituPasukan dengan kekuatan 50 anggota itu menempuh perjalanan darat sejauh 270 kilometer yang mengambil masa 24 jam dengan melalui 10 checkpoint keselamatan sebelum tiba di daerah Sagaing pada 4 pagi tadi waktu Myanmar dan mendirikan Pusat Operasi (BoO) di Sagaing Anniversary Football Pitch.
Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas, selain turut menjejaskan negara jiran Thailand dengan jumlah korban di Myanmar mencecah hampir 3,000 orang serta ribuan cedera dan ratusan lagi masih hilang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami