awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Singapura sumbang AS$50,000 bantuan kemanusiaan ke Afghanistan

Bernama
Bernama
24/06/2022
04:50 MYT
Gempa bumi: Singapura sumbang AS$50,000 bantuan kemanusiaan ke Afghanistan
Jumlah kematian akibat gempa bumi yang menggegarkan Afghanistan telah meningkat melebihi 1,000 orang, dengan lebih 1,500 yang lain cedera. - AP
SINGAPURA: Singapura akan menyumbang AS$50,000 bagi menyokong usaha Palang Merah Singapura mengumpul dana awam bagi tujuan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan yang dilanda gempa bumi kuat pada 22 Jun.
Menurut Kementerian Luar republik itu, sumbangan itu akan menyokong komitmen Palang Merah Singapura sebanyak S$50,000 bagi memperoleh bekalan perubatan yang diperlukan dengan kadar segera termasuk keperluan asas lain.
"Singapura mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," tambah kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Dilaporkan bahawa jumlah kematian akibat gempa bumi yang menggegarkan Afghanistan telah meningkat melebihi 1,000 orang, dengan lebih 1,500 yang lain cedera.
Paktika dan Khost merupakan wilayah paling teruk terjejas dengan ratusan kediaman musnah akibat gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan itu.
Pegawai Taliban juga dilaporkan telah meminta bantuan segera disalurkan ke kawasan yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Afghanistan
#Singapura
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan