awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Bayi lahir di bawah runtuhan diberi nama Aya

Bernama
Bernama
09/02/2023
15:27 MYT
Gempa bumi Turkiye: Bayi lahir di bawah runtuhan diberi nama Aya
Seorang bayi yang ditemukan di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Syria, dalam keadaan tali pusat masih melekat pada ibunya yang telah meninggal dunia telah diberikan nama Aya. - Gambar fail/AP
AFRIN: Seorang bayi yang ditemukan di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Syria, dalam keadaan tali pusat masih melekat pada ibunya yang telah meninggal dunia telah diberikan nama Aya.
Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim, lapor Agensi Anadolu.
Bayi itu lahir pada pagi Isnin ketika ibunya terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi pertama melanda.
Bayi itu diselamatkan selepas lima jam misi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan Pertahanan Awam Syria.
Terdapat kecederaan pada tubuh badan bayi itu.
Petugas di hospital Ceyhan menamakannya Aya dan mengesahkan bayi itu kini dalam keadaan sihat.
BACA: Gempa bumi Turkiye: Bayi masih bertali pusat diselamatkan di bawah runtuhan di Syria
Bayi itu juga kehilangan tiga adik beradik yang dalam bencana itu.
Di Syria, lebih 3,100 orang maut, menurut angka yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Syria dan pertahanan awam Syrian White Helmets.
Gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Turkiye itu turut menjejaskan negara jiran Syria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#bayi lahir bawah runtuhan
#Aya
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan