awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban kini lebih 21,000

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2023
20:40 MYT
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban kini lebih 21,000
Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera. -Gambar fail/Reuters
ANKARA: Jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria kini disahkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara.
Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera pada Khamis, menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.
Jumlah kematian di Syria pula meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,377 orang.
Ia termasuk 2,030 mangsa di kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah barat laut, dan 1,347 kematian di bahagian yang dikawal kerajaan di Syria, menurut kumpulan pertahanan awam White Helmets dan media kerajaan Syria.
Jumlah mangsa yang cedera di Syria merentasi semua wilayah yang terjejas meningkat kepada 5,245, dengan 2,295 dalam kawalan kerajaan serta 2,950 di kawasan yang dikuasai pemberontak.
Sekurang-kurangnya 78,124 orang cedera di Syria dan Turki, menurut angka daripada kerajaan Turkiye, White Helmets dan media kerajaan Syria.
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#gempa bumi Syria
#jumlah kematian
#White Helmets
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan