PARIS: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyuarakan kebimbangan mengenai kerosakan di tapak warisan di Syria dan Turkiye sambil berjanji untuk membantu kedua-dua negara yang dilanda gempa bumi itu, lapor Xinhua.
Susulan tinjauan awal ke atas tapak warisan yang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan, UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."
Sementara itu di Turkiye, beberapa bangunan di bandar Diyarbakir runtuh. Bandar ini adalah lokasi tapak Warisan Dunia "Kubu Diyarbakir dan Landskap Budaya Hevsel Gardens", sebuah pusat penting semasa zaman Rom, Sassanid, Byzantine, Islam dan Uthmaniyyah.
Pakar UNESCO, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan kini berusaha mewujudkan inventori tepat mengenai kerosakan di tapak dalam Senarai Warisan Dunia.
"Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang meninggal dunia. Doa saya juga untuk mereka yang cedera dan semua yang terjejas. Organisasi kami akan memberikan bantuan berdasarkan mandatnya," kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay pada Selasa.
Gempa bumi kuat melanda wilayah Kahramanmaras, selatan Turkiye pada Isnin pagi waktu tempatan (0117 GMT) Isnin, beberapa minit kemudian gempa kuat turut melanda Gaziantep yang setakat ini sudah meragut ribuan nyawa.
Gempa itu turut menjejaskan negara jiran Syria.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Anggota pasukan keselamatan dan tentera menjalankan kerja-kerja menyelamat di sebuah bangunan yang musnah susulan gempa bumi di Aleppo, Syria, 8 Feb 2023. REUTERS

MAG, Chooose jalin kerjasama inisiatif nyah karbon industri penerbangan
Malaysia Aviation Group, bekerjasama dengan syarikat teknologi iklim yang berpangkalan di Norway, Chooose, untuk membangunkan penyelesaian perisian iklim.

KPM, KKR kerjasama pantau sekolah daif
KPM akan bekerjasama dengan KKR dalam usaha memantau bangunan sekolah daif di seluruh negara supaya keselamatan murid dapat diutamakan.

Bas sekolah, pengangkutan awam dikecualikan subsidi bersasar diesel - Ahmad Maslan
Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak, tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.

SRC International: 'Najib sendiri penyebab gagal rayuannya' - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan memutuskan Najib sendiri sebenarnya menjadi penyebab prosiding rayuan bagi kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd tidak didengar oleh panel hakim terdahulu.

Lelaki warga emas didakwa perdaya dua lelaki
Mohd Logan Abdullah mengaku tidak bersalah atas kertas pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

PBT pasang CCTV perangi pembuangan sampah haram
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) melaksanakan pelbagai usaha untuk membasmi tapak pembuangan sampah haram, termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi hotspot.

Persembahan kurang sopan, PU Syed tegur artis, penganjur majlis berbuka puasa
Pendakwah selebriti, PU Syed menegur tindakan penganjur sebuah majlis berbuka puasa, susulan pemilihan persembahan yang dibuat pada majlis itu.

PM Anwar akan umum hasil lawatan ke China
Kerajaan dijangka mengumumkan tiga kemajuan besar yang dicapai hasil lawatan rasmi empat hari Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia di Adiyaman jadi tumpuan
Ia satu-satunya hospital yang menyediakan khidmat perubatan kepada penduduk selepas hospital di daerah tersebut musnah.

2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye pada Isnin
Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius.

Gempa bumi Turkiye: Ibu mimpi dua anak masih hidup
Nasib anaknya Munir dan Majid masih tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Gempa bumi: Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria berlepas malam tadi
Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta NGO itu berlepas pada pukul 10.15 malam dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

Gempa bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia rawat 164 pesakit
Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 164 pesakit sejak dibuka 14 Feb lepas.

Gempa bumi Turkiye: 3 termasuk kanak-kanak diselamatkan selepas 296 jam
Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu.

Gempa bumi Turkiye: Selepas hilang isteri, 2 anak, Bayram nekad selamatkan mangsa lain
Enggan orang lain turut merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang, seorang lelaki berusia 52 tahun nekad menyelamatkan seramai mungkin mangsa.

Gempa bumi Turkiye: Bekas bintang EPL disahkan antara korban
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye.

Gempa bumi: Anwar berlepas ke Turkiye untuk zahir sokongan
Ia adalah lawatan kerja satu hari ke Turkiye yang turut membabitkan kawasan bencana gempa bumi di Gaziantep dan ground zero.