Gempa kedua landa Hualien di Taiwan

Agensi
Februari 7, 2018 16:32 MYT
Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan terbunuh dan 67 masih hilang dalam gempa bumi yang melanda Hualien pada lewat Selasa. REUTERS / Fail
Taiwan dilanda satu lagi gempa bumi baru pada lewat Rabu (waktu tempatan), berukuran 5.7 magnitud, yang berlaku di pantai timur pulau itu, menurut pihak berkuasa negara itu.
Gempa berlaku berhampiran Hualien, kawasan sama yang mengalami gempa bumi kuat pada lewat Selasa di mana kerja-kerja pemulihan masih sedang berlangsung.
Menurut kenyataan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu terjadi pada kedudukan 21 km timur laut bandaraya itu pada kedalaman 11 km.
BACA: Gempa bumi 6.4 magnitud di Taiwan, beberapa bangunan tumbang
BACA: Sekurang-kurangnya empat terbunuh, 145 hilang akibat gempa bumi di Taiwan
Setakat Rabu malam, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan 67 masih hilang dalam gempa bumi pertama yang terjadi di destinasi pelancongan popular itu.
#gempa bumi #Hualien #Taiwan