Satu kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.3 magnitud telah menggegarkan timur Venezuela, pada Rabu.

Bencana itu menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan bangunan dikosongkan serta-merta demi faktor keselamatan.

Antara yang terjejas adalah salah satu menara pencakar langit yang dikenali sebagai Tower of David.

Lima tingkat lantai bangunan tersebut telah runtuh.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat memaklumkan gempa berpusat pada kedalaman 123 kilometer.