DUNIA
Gempa kuat berukuran 6.4 magnitud gegar California

Gempa turut dirasai penduduk di Gurun Mojave.
Kawasan selatan California digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud pada Khamis, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan harta.
Pusat gempa, paling kuat direkodkan sejak dua dekad lalu, dilaporkan berlaku di bandar Ridgecrest, kira-kira 240km timur laut Los Angeles.
Anggota bomba dikerah ke tempat kejadian bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa selain memadamkan kebakaran daripada terus merebak.
Gempa turut dirasai penduduk di Gurun Mojave sehingga ke pantai Pasifik yang berlaku ketika Amerika Syarikat menyambut Hari Kemerdekaan.
Ahli geofizik tempatan, Prof John Rundle berkata, kawasan paling terus terjejas adalah bandar Ridgecrest, menurut laporan BBC.
Hospital Daerah Ridgecrest turut dikosongkan susulan gempa kuat tersebut.
Beberapa orang turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Seorang mangsa sempat memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan barangan yang diletakkan di rak pasar raya Ridgecrest berselerak di lantai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami