Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Undi awal esok kayu pengukur kekuatan BN menuju 14 Nov - Ab Rauf

Ab Rauf (berdiri) ketika hadir pada Program Jelajah Tok Rauf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Alor Gajah hari ini. - Foto Astro AWANI/ Firdaus Mohari
Ab Rauf (berdiri) ketika hadir pada Program Jelajah Tok Rauf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Alor Gajah hari ini. - Foto Astro AWANI/ Firdaus Mohari

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional menganggap pengundian awal PRN Melaka sebagai petunjuk awal tahap sokongan dan momentum jentera parti menjelang hari pengundian.
  • Seramai 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis layak mengundi awal pada 10 November, sebelum hari pengundian utama 14 November.
  • Kerusi Machap Jaya menyaksikan persaingan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan Parti Bersama Malaysia pada PRN Melaka kali ini.
Advertisement

ALOR GAJAH: Barisan Nasional (BN) menyifatkan pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang dijadualkan pada Selasa sebagai petunjuk awal terhadap tahap sokongan dan momentum jentera parti menjelang hari pengundian pada 14 November ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peratusan undi awal membabitkan anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis akan menjadi akan menjadi penilaian terhadap usaha BN sepanjang tempoh 10 hari berkempen.

Ab Rauf berkata keputusan pengundian awal boleh dijadikan kayu pengukur awal bagi menilai sentimen pengundi menjelang hari pengundian.

Advertisement

"Saya nak memberitahu bahawa esok adalah hari pengundian awal kepada anggota-anggota yang bertugas.

"Saya menyarankan bahawa pengundian awal ini dilihat sebagai kayu pengukur untuk kita menuju kepada 14 November.

Advertisement

"Pilihlah mana yang terbaik untuk memajukan Melaka bersama-sama dengan kerajaan yang sedang menguruskan Melaka dengan lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jelajah Tok Rauf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, di sini, pada Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRN Melaka pada 10 November, manakala hari pengundian pada 14 November.

Seramai 9,769 anggota tentera dan pasangan mereka serta 2,762 anggota polis layak mengundi dalam pilihan raya negeri kali ini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri Melaka itu meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap kemenangan gabungan itu dalam tempoh kempen yang berbaki empat hari lagi.

Menurutnya, keyakinan itu antara lain bersandarkan kepada sokongan yang ditunjukkan di lima DUN dalam Parlimen Alor Gajah, termasuk Machap Jaya.

"Saya yakin dengan suasana semasa sekarang, rakyat menaruh keyakinan bahawa kita kena berada dalam satu pasukan yang kuat. Jadi kekuatan itu akan diterjemahkan pada peti undi pada 14 November ini.

"Rata-rata di bawah hendakkan satu kerajaan yang stabil dan satu kerajaan yang ada visi untuk rakyat," katanya.

Beliau turut memuji komitmen jentera parti yang disifatkan bekerja dengan baik sepanjang tempoh kempen.

"Saya lihat jentera bekerja dengan begitu baik dan saya yakin Machap Jaya juga boleh menyumbang satu kerusi kepada BN," katanya.

Machap Jaya merupakan antara kerusi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila penyandang BN, Datuk Ngwe Hee Sem, berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim Siew Lin, dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Prasanth Kumar Brakasam.

Pada PRN Melaka 2021, Hee Sem memenangi kerusi itu dengan majoriti 938 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Pada pilihan raya sama, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Bilakah tarikh pengundian awal dan hari pengundian PRN Melaka ke-16? 
    A: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 10 November dan hari pengundian pada 14 November.
  • Q: Siapakah yang layak mengundi dalam pengundian awal PRN Melaka ke-16? 
    A: Seramai 9,769 anggota tentera dan pasangan mereka serta 2,762 anggota polis layak mengundi dalam pengundian awal.
  • Q: Apakah kepentingan pengundian awal menurut Barisan Nasional (BN)? 
    A: BN menyifatkan pengundian awal sebagai petunjuk awal terhadap tahap sokongan dan momentum jentera parti menjelang hari pengundian.
  • Q: Siapakah calon yang bertanding di kerusi Machap Jaya pada PRN Melaka ke-16? 
    A: Penyandang BN, Datuk Ngwe Hee Sem, berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim Siew Lin, dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Prasanth Kumar Brakasam.
  • Q: Berapakah kerusi yang dimenangi oleh BN pada PRN Melaka 2021? 
    A: Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Must Watch Video

Advertisement