awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa melanda Padang, Indonesia

Bernama
Bernama
21/07/2018
12:04 MYT
Gempa melanda Padang, Indonesia
Gempa pertama dicatatkan pada 2.58 pagi tadi pada 4.7 Skala Richter yang berpusat di Mentawai, Sumatera Barat dan disusuli gempa berskala rendah.
Gempa bumi berkuatan 5.5 pada skala Richter melanda Padang di Sumatera Indonesia menyebabkan penduduk kota Minangkabau itu dilaporkan bertempiaran lari keluar dari kediaman dan bangunan.
Gempa pada 2.55 petang waktu tempatan itu dilaporkan berpusat sembilan kilometer arah tenggara Padang, dengan kedalaman 10 kilometer di bawah tanah.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), kejadian 2.45 petang itu yang paling kuat setakat ini itu adalah susulan enam gempa sebelumnya yang berlaku sejak 2.58 pagi tadi.
Gempa pertama dicatatkan pada 2.58 pagi tadi pada 4.7 Skala Richter yang berpusat di Mentawai, Sumatera Barat dan disusuli gempa berskala rendah.
Gempa itu dilaporkan tidak berpotensi berlaku tsunami.
Menurut media Indonesia, penduduk dilaporkan bertempiaran lari keluar dari bangunan dan kediaman dalam kejadian petang ini itu.
Setakat ini belum ada maklumat atau laporan berhubung kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Padang
#Sumatera
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan