ANTAKYA: Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan susulan kejadian gempa bumi yang kini telah mengorbankan lebih 12,000 nyawa di Turkiye dan Syria.
Selama dua hari sejak gempa berukuran 7.8 magnitud melanda, ribuan anggota penyelamat bekerja tanpa henti mengharungi cuaca sejuk untuk mencari mangsa yang masih hidup di kedua-dua negara itu.
Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Turkiye, Kerem Kinik memberi amaran 72 jam pertama merupakan waktu kritikal dalam usaha mencari dan menyelamat.
Namun beliau akui pasukan penyelamat berdepan cabaran akibat "cuaca sejuk melampau".
Pasukan kecemasan menemui beberapa kanak-kanak yang terselamat di bawah runtuhan bangunan di Hatay pada Rabu, kawasan paling teruk terjejas di Turkiye.
"Tiba-tiba kami terdengar suara. Dengan bantuan mesin pengorek kami berjaya menyelamatkan mangsa," kata seorang anggota penyelamat Alperen Centinkaya seperti dipetik agensi berita Reuters.
Pihak berkuasa berkata sejumlah 9,057 orang terkorban dalam gempa bumi yang melanda Turkiye manakala 2,992 maut di Syria menjadikan jumlah keseluruhan ketika ini kepada 12,049.
Astro Awani
Thu Feb 09 2023

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun ditemui selamat di bawah runtuhan bangunan di Hatay, Turkiye. - Foto REUTERS

Arab Saudi, negara utama Timur Tengah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Arab Saudi sebagai negara utama bagi Malaysia di Timur Tengah.

Minat komuniti perniagaan melabur di Malaysia bukti kestabilan negara - PM Anwar
Minat komuniti perniagaan Arab Saudi untuk datang melabur di Malaysia merupakan bukti kukuh terhadap kestabilan politik yang dinikmati negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia terbuka adakan perbincangan semula pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
Beliau sendiri tidak bersetuju dengan kaedah penutupan operasi pusat berkenaan sebelum ini yang dibuat tanpa rundingan dengan kerajaan Arab Saudi.

AWANI Ringkas: KKM giat pantau klang pembekal bahan juala di bazar Ramadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im, berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.

Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

Earth Hour: Matikan suis demi selamatkan bumi
Hari ini, Earth Hour menjadi acara global, dengan lebih 190 negara mengambil bahagian.

Harga dan bekalan ayam jadi tumpuan
Harga jualan dan bekalan ayam sentiasa menjadi tumpuan dalam kalangan pengguna, khususnya golongan peniaga setiap kali bulan Ramadan. Bagaimana pula dengan situasi Ramadan kali ini, adakah harga ayam meningkat? Adakah bekalan mencukupi? Astro AWANI lakukan tinjauan di Pasar Kuala Nerang.

PM berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah pada Jumaat. Anwar bersama delegasinya juga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah dan Makam Nabi Muhammad.

Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir Terbuka Switzerland
Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terus membawa harapan Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2023 di Basel.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Ribuan turun ke Idlib seru Bashar al-Assad letak jawatan
Perhimpunan di pusat bandar Idlib adalah yang terbesar dalam beberapa tahun ini.

Gempa bumi Turkiye: Angka korban meningkat kepada 48,448
Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye bulan lepas meningkat kepada 48,448 orang, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Anjing pengesan turut jadi 'wira' bantu misi SAR
Ocak terlibat dalam operasi SAR oleh Antalya Gendarmerie Search and Rescue (JAK) dan dalam masa 16 hari anjing itu telah berjaya mengesan enam mangsa.

Sumbangan kita kecil, Turkiye pernah bantu ratusan juta - PM Anwar
Turkiye pernah menyalurkan ratusan juta ringgit ketika negara berdepan impak COVID-19 dan ekonomi menurun.

Gempa Turkiye: 'Jumpa mayat ibu, anak berpelukan segar dalam ingatan saya'
Menjadi antara lebih 100 anggota penyelamat yang terlibat dalam misi SAR mangsa kejadian gempa bumi di Turkiye awal bulan ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Gempa bumi Turkiye: Erdogan mohon maaf misi bantuan lewat
Gempa bumi Turkiye: Erdogan mohon maaf misi bantuan lewat

Gempa bumi Turkiye, Syria: MERCY Malaysia salurkan bantuan yang banyak
Pertubuhan itu menyasarkan untuk mengumpul RM22 juta untuk melaksanakan Pelan Tindak Balas Kecemasan dan Pemulihan Gempa TurkiyeSyria 2023.

Gempa Turkiye, Syria: MyCARE mulakan misi bantuan kemanusiaan
Tragedi gempa bumi yang melanda bumi Turkiye dan Syria serta mengorbankan lebih 50,000 nyawa setakat ini turut mendapat perhatian Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan berangkat ke negara itu bag

Gempa bumi Turkiye: Waleed kini tinggal seorang diri
Waleed menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas dia, satu-satunya individu terselamat dalam runtuhan kediamannya di Antakya.