awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari

Agensi
Agensi
26/11/2024
23:10 MYT
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Pengunduran tentera Isarael di Lubnan akan berlaku secara berperingkat dengan pengunduran penuh dijangka selesai dalam tempoh 60 hari. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Sebaliknya, lapor Reuters, pengunduran tentera Isarael akan berlaku secara berperingkat dengan pengunduran penuh dijangka selesai dalam tempoh 60 hari.
Menurut pegawai tersebut, AS dan Perancis akan menyertai mekanisme kerjasama sedia ada yang akan dirumus semula dan diperkukuhkan.
AS juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Selain itu, negara kuasa besar itu juga akan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa teknikal ketenteraan bersama angkatan bersenjata lain untuk menyediakan peralatan, latihan dan sokongan kewangan kepada tentera Lubnan.
Pegawai itu turut menyatakan, pentadbiran Presiden AS ketika ini, Joe Biden telah memberi taklimat kepada pasukan keselamatan negara Presiden bakal dilantik, Donald Trump, berhubung perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah itu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel-Lubnan
#gencatan senjata
#tentera Israel
#Hezbollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan