Gencatan senjata sementara selama 72 jam bermula Isnin lalu dilaksanakan pihak Palestin dan Israel dengan harapan perbincangan untuk satu genjatan senjata yang lebih komprehensif dan berpanjangan dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
Usaha yang masih digerakkan oleh Mesir itu bagaimanapun belum menemui kata sepakat sama ada akan ada hasil positif nanti.
Di pihak Israel, rejim berkata tiada perkembangan setakat ini dan dijangkakan serangan akan bersambung tidak lama lagi.
Sewaktu tempoh gencatan senjata itu berlangsung, Israel telah menghentikan operasi di Gaza manakala pejuang Palestin menghentikan serangan roket.
Kesempatan diambil penduduk Gaza untuk melihat kemusnahan yang terhasil oleh konflik itu manakala berbeza buat penduduk Israel yang lebih ceria untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

Seorang warga Palestin berjalan kaki atas runtuhan menara Al-Nada di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, 11 Ogos 2014. - EPA/MOHAMMED SABER