awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza

Bernama
Bernama
05/12/2024
08:30 MYT
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International berkata, tentera rejim dengan sengaja membawa penderitaan dan kemusnahan kepada penduduk Gaza. - Gambar fail/ AP
BERLIN: Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dengan mendakwa tentera Israel sengaja melakukan jenayah perang, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pertubuhan hak asasi manusia itu dalam laporan setebal 300 muka surat bertajuk 'You feel like you are subhuman': Israel's genocide against Palestinians in Gaza", menyatakan bahawa semasa apa yang digelarnya serangan Israel, tentera rejim dengan sengaja membawa penderitaan dan kemusnahan kepada penduduk Gaza.
"Penemuan kami yang mengejutkan ini mesti menjadi peringatan kepada masyarakat antarabangsa: ini adalah genosid. Ia mesti dihentikan sekarang," kata Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard dalam satu kenyataan.
Israel secara konsisten menafikan tuduhan itu, menyatakan tindakannya bersifat defensif dan memetik haknya untuk mempertahankan diri.
Amnesty menegaskan bahawa matlamat Israel adalah untuk memusnahkan rakyat Palestin sebagai sebuah kumpulan. Negara-negara yang terus membekalkan senjata kepada Israel berisiko bersubahat, menurut laporan itu.
"Negara yang masih memindahkan senjata kepada Israel pada masa ini mesti tahu bahawa mereka melanggar kewajipan untuk mencegah genosid dan berisiko bersubahat dalam genosid," kata Callamard.
Pertubuhan itu menyeru supaya genosid dihentikan segera, pelaksanaan gencatan senjata dan semua tawanan dibebaskan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#genosid
#pembunuhan beramai-ramai
#Gaza
#Amnesty International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan