awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

AS gerakkan 30 jet ketenteraan ketika spekulasi serangan ke atas Iran meningkat

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2025
23:30 MYT
AS gerakkan 30 jet ketenteraan ketika spekulasi serangan ke atas Iran meningkat
Penganalisis pertahanan menyifatkan pemindahan ini sebagai “sangat luar biasa”. - Foto X/@foursticks_nate
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah memindahkan sekurang-kurangnya 30 pesawat ketenteraan, termasuk pesawat tangki udara KC-135, dari pangkalan di AS ke Eropah dalam tempoh tiga hari terakhir, menurut data penjejakan penerbangan yang disemak oleh BBC Verify.

Ringkasan AI
  • AS pindahkan sekurang-kurangnya 30 pesawat ketenteraan ke Eropah dalam masa tiga hari, termasuk ke timur Mediterranean, cetus spekulasi persiapan konflik di Asia Barat.
  • Pemindahan dianggap luar biasa oleh penganalisis dan dikaitkan dengan sokongan terhadap operasi tempur selepas serangan Israel ke atas Iran.
  • USS Nimitz turut diarahkan ke Asia Barat, sementara Trump beri amaran kepada Iran dan isyarat kemungkinan tindakan lanjut terhadap program nuklear Tehran.

Langkah ini mencetuskan spekulasi bahawa Washington sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan konflik berskala besar di Asia Barat.
Pesawat-pesawat tersebut, yang digunakan untuk mengisi minyak di udara bagi jet pejuang dan pengebom, dilaporkan singgah di pangkalan udara AS di Sepanyol, Scotland dan England sebelum menuju ke timur Mediterranean.
Beberapa pesawat dilihat terbang ke arah timur Sicily, manakala satu mendarat di Crete, Greece.
Penganalisis pertahanan menyifatkan pemindahan ini sebagai “sangat luar biasa” dan berkemungkinan besar sebahagian daripada pelan kontingensi untuk menyokong operasi tempur intensif di rantau tersebut.
Tambahan pula, kapal induk USS Nimitz dilaporkan sedang menuju ke Asia Barat selepas membatalkan acara yang dijadualkan di Vietnam, menandakan keutamaan operasi baharu.
Langkah ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, sehari selepas tamatnya tempoh akhir yang ditetapkan Presiden Donald Trump untuk Tehran menerima perjanjian baharu.
Trump sebelum ini memberi amaran bahawa Iran akan menghadapi “akibat besar” jika enggan berunding.
Sementara itu, Naib Presiden JD Vance menyatakan bahawa Trump mungkin akan mengambil tindakan lanjut untuk menamatkan program nuklear Iran, sambil menegaskan bahawa AS masih dalam kedudukan pertahanan dan belum terlibat secara langsung dalam konflik tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#jet kententeraan
#Israel
#Iran
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami