awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2024
23:40 MYT
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Ibadat di gereja Lady of Damascus berlangsung dengan lancar, diiringi alunan lagu pujian yang memenuhi ruang gereja bersejarah tersebut. - Foto REUTERS
DAMSYIK: Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di gereja Lady of Damascus, Damsyik, salah satu gereja tertua di negara itu pada Rabu.
Menurut media antarabangsa, sambutan itu kali pertama diadakan sejak kejatuhan rejim Bashar Al-Assad.
Ibadat berlangsung dengan lancar, diiringi alunan lagu pujian yang memenuhi ruang gereja bersejarah tersebut.
Sambutan itu juga disifatkan sebagai peluang untuk menilai sejauh mana janji kepimpinan baharu Syria yang dipimpin Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) melindungi hak minoriti agama dipenuhi.
Untuk rekod, pemimpin de facto negara itu, Ahmed Al-Sharaa, memberi jaminan kepada komuniti Kristian dan kumpulan minoriti lain bahawa mereka akan dilindungi di bawah pemerintahan kumpulannya.
Namun, insiden-insiden terkini di seluruh negara mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti Kristian terhadap janji-janji Al-Sharaa.
Beberapa jam sebelum ibadat malam Krismas pada Selasa, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Damsyik untuk mengecam insiden pembakaran pokok Krismas di kawasan pedalaman utara Hama, di barat-tengah Syria.
Antara lain, pada 18 Disember, individu bersenjata yang tidak dikenali dilaporkan menyerang sebuah gereja ortodoks Yunani di bandar Hama.
Tindakan itu disusuli pencerobohan kawasan gereja, percubaan merosakkan salib, serta kerosakan batu nisan di tanah perkuburan.
Topic Berkaitan
#gereja
#Lady of Damascus
#Krismas
#Kristian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan