DUNIA
Global Sumud Flotilla: 'Dia hempas pintu besi ke kaki saya' - Aktivis warga emas dedah layanan kasar ketika ditahan Israel

Pacetta mengalami kecederaan kaki dan mendakwa seorang pegawai wanita Israel menghentak pintu besi ke kakinya yang patah tanpa menunjukkan simpati. -Foto X
ISTANBUL: “Dia hempas pintu besi ke atas kaki saya yang patah, kemudian berkata, ‘Oh, maaf.’”
Ringkasan AI
- Margaret Pacetta, aktivis berusia 70 tahun dari Scotland, mendakwa dilayan secara tidak berperikemanusiaan semasa ditahan oleh pihak berkuasa Israel dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
- Beliau mengalami kecederaan kaki dan mendakwa seorang pegawai wanita menghentak pintu besi ke atas kakinya yang patah tanpa menunjukkan simpati.
- Insiden ini mencetuskan kemarahan komuniti antarabangsa dan NGO hak asasi manusia yang menggesa siasatan bebas terhadap layanan terhadap aktivis flotilla yang ditahan.
Beliau mengalami kecederaan kaki semasa ditahan, namun mendakwa layanan yang diterima amat tidak berperikemanusiaan.
“Saya beritahu kaki saya patah. Seorang pegawai wanita hanya pandang, kemudian hempas pintu besi ke atas kaki saya dan berkata, ‘Oh, maaf.’
"Tiada langsung rasa simpati,” katanya dalam rakaman yang dikongsi oleh akaun rasmi @GlobalSumud.
Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan komuniti antarabangsa, dengan beberapa NGO hak asasi manusia menggesa siasatan bebas terhadap layanan terhadap aktivis flotilla yang ditahan.
Pihak berkuasa Israel sebelum ini menafikan dakwaan kekerasan dan menyifatkan misi flotilla sebagai 'provokasi politik'.
Pacetta merupakan antara lebih 500 aktivis dari 46 negara yang menyertai misi kemanusiaan tersebut, yang dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa awal Oktober.
Beliau menegaskan bahawa walaupun pengalaman itu menyakitkan, semangat solidariti terhadap rakyat Gaza tetap utuh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami