MALAYSIA
[TERKINI] PM Anwar umum himpunan khas raikan kepulangan wira Global Sumud Flotila
![[TERKINI] PM Anwar umum himpunan khas raikan kepulangan wira Global Sumud Flotila [TERKINI] PM Anwar umum himpunan khas raikan kepulangan wira Global Sumud Flotila](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-10/41759663277_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar menyifatkan 23 sukarelawan merupakan lambang keberanian rakyat Malaysia. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menganjurkan sebuah himpunan khas untuk meraikan kepulangan para wira dan wirawati Global Sumud Flotila (GSF).
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim berhasrat menganjurkan himpunan khas bagi meraikan kepulangan 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang disifatkan sebagai wira dan wirawati kemanusiaan negara.
- PM merakamkan penghargaan atas keberanian dan pengorbanan sukarelawan, yang memperjuangkan nasib rakyat Gaza dan menjunjung nilai kemanusiaan tanpa sempadan.
- Himpunan ini bertujuan menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama Gaza, selain mengiktiraf usaha misi kemanusiaan antarabangsa.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keberanian, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi.
“Mereka adalah lambang keberanian rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kemanusiaan tanpa mengenal sempadan.
“Kita juga akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan para wira dan wirawati kemanusiaan ini, selain terus menyemarakkan solidariti rakyat Malaysia bersama saudara-saudara kita di Gaza,” katanya.
Pada masa sama, Anwar turut berkongsi visual komunikasi beliau bersama salah seorang sukarelawan GSF, Nur Fazelah Mad Tahil, 40, atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana, serta beberapa aktivis lain.
Anwar menzahirkan penghargaan atas keberanian mereka yang sanggup menyertai misi kemanusiaan berisiko tinggi itu.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam flotila itu sebab ini menimbulkan kesedaran dan kejutan kepada rakyat terutama yang taidk ikuti (perkembangan misi),” katanya kepada Zizi.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk menyambut kepulangan para sukarelawan yang dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Isnin.
“Saya akan susun waktu pada malam untuk adakan perhimpunan sedikit,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Presiden Turkiye, Dr Ibrahim Khalil, atas jasa memastikan keselamatan dan kesihatan sukarelawan Malaysia berada dalam keadaan baik sepanjang proses pembebasan.
Beliau turut meminta para sukarelawan menulis nota penghargaan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, atas usaha membantu membawa keluar mereka dari tahanan Israel dan memberi perlindungan sementara di Istanbul.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami