GODAMSAHUR merupakan salah satu aktiviti hackathon maya yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan, dalam usaha memperbanyakkan lagi produk serta idea pencipta tempatan di pasaran.

Untuk tahun 2024 ini, GodamSahur kembali sekali lagi, dan memfokuskan kepada tiga topik utama, iaitu Agama, Bahasa, dan Keluarga.

Menariknya mengenai GodamSahur adalah selain ketiga-tiga topik berkenaan, pembangun juga boleh hadir dengan topik kegemaran mereka – dan membangunkan idea mereka sehingga ia menjadi produk akhir pada bulan Ramadan ini.

Sejumlah dana juga diperuntukkan, yang mana akan dibahagikan secara sama rata kepada pelbagai projek yang berjaya disiapkan pada penghujung GodamSahur ini.

Bagi anda yang berminat, boleh turut menyertai program hackathon maya ini dalam membangunkan dan merealisasikan idea anda pada bulan Ramadan ini.

Layari laman GodamSahur untuk pendaftaran menyertainya.