EMPAT tahun lepas Google telah disaman untuk membayar sebanyak $5 Bilion kerana menjejak pengguna ketika melayari web menggunakan mod inkognito pada Chrome.

Google didakwa boleh mengenal pasti kawan seorang pengguna, hobi, makanan dan filem kegemaran, serta banyak lagi data lain yang dipantau tanpa pengetahuan pengguna.

Terkini, The Wall Street Journal melaporkan Google telah bersetuju untuk memusnahkan “berbilion titik data” yang dikumpul tanpa kebenaran melalui mod inkognito Chrome.

Google turut bersetuju untuk menetapkan Chrome dengan kuki tidak boleh dijejak secara lalai selama lima tahun.

Bermula Januari tahun ini, Google telah pun menghalang kuki pihak ketiga pada Chrome secara berperingkat bagi menggantikan penggunaan Privacy Sandbox.

Mod inkognito pada Chrome turut kini mempunyai amaran kepada pengguna yang data masih akan dijejak oleh laman web pihak yang dilayari.

SUMBER WSJ melalui Android Authority