awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI

Amanz
Amanz
18/04/2024
02:10 MYT
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google turut akan mengemas kini terma dan syarat penggunaan produk mereka setiap dua tahun.
SEJAK tahun lepas lagi Google telah mempunyai Terma dan Syarat Tambahan Perkhidmatan AI Generatif.
Google turut akan mengemas kini terma dan syarat penggunaan produk mereka setiap dua tahun dan baru-baru ini terma untuk AI telah dijadikan sebagai perkara utama untuk pengguna.
Apa yang menarik dengan terma ini adalah, Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Misalnya jika anda menjana pantun dengan Gemini, anda boleh terus terbit dalam buku tanpa meminta kebenaran Google atau membayar lesen. Asalkan, pengguna patuh akan terma Google iaitu;
* Tidak memperkenalkan Perisian Hasad.
- Seperti spam, menggodam, atau cubaan melepasi sistem dan langkah perlindungan ditetapkan.
* Jailbreak atau seangkatan dengannya tidak dibenarkan.
- Kecuali sebagai sebahagian daripada program keselamatan dan ujian.
* Tidak menipu.
- Seperti phishing, mencipta akaun palsu, atau mengelirukan orang lain.
* Tidak menyalahgunakan hak undang-undang.
- Seperti melanggar hak cipta untuk menuntut hak cipta output AI sebagai karya diri sendiri.
* Tidak melakukan Reverse Engineering.
- Seperti mengeluarkan rahsia perdagangan atau maklumat eksklusif dengan menganalisis semula perkhidmatan atau teknologi tersedia.
* Tidak menggunakan bot atau kaedah automatik.
- Untuk melepasi had yang ditetapkan.
* Tidak mengelirukan identiti.
- Seperti menyembunyikan atau memalsukan identiti untuk melanggar terma-terma.
* Menggalakkan pelanggaran terma.
- Seperti menyediakan tutorial loophole penggunaan perkhidmatan yang jelas ada hadnya.
SUMBER Google
Topic Berkaitan
#Google
#AI Generatif
#terma dan syarat
#hak cipta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan