Skip to main content

Dunia

Google diarah bayar denda 4.34 bilion euro

41443926064_GoogleAlphabet.jpg
Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda sebanyak 4.34 bilion euro (RM22.9 bilion) ke atas Google kerana menggunakan sistem operasi mudah alih Android secara tidak sah bagi mengatasi saingannya.

Jumlah tersebut dianggarkan mewakili hanya dua minggu pendapatan bagi syarikat induk Google, Alphabet Inc.

Malah, ia dilihat tidak akan menjejaskan rizab tunainya sebanyak ASD102.9 bilion (RM417.2 bilion).

Bagaimanapun, tindakan itu mampu meningkatkan ketegangan perdagangan antara Brussels dan Washington.

Google berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap denda tersebut.



Advertisement

Must Watch Video