Skip to main content

Dunia

AS selamatkan kru jet pejuang F-15 "cedera parah, sangat berani" dari Iran - Trump

U.S. President Donald Trump delivers an address to the nation about the Iran war at the White House in Washington, D.C., U.S. April 1, 2026. Alex Brandon/Pool via REUTERS
Trump berkata operasi seumpama itu “jarang dilakukan kerana risiko terhadap anggota dan peralatan.”

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata AS telah menyelamatkan seorang kru jet pejuang F-15 yang “cedera parah dan sangat berani” dari kawasan pedalaman pergunungan di Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Trump berkata di platform media sosial Truth Social miliknya bahawa pegawai yang diselamatkan itu merupakan seorang “Kolonel yang sangat dihormati,” sambil menambah bahawa operasi seumpama itu “jarang dilakukan kerana risiko terhadap anggota dan peralatan.”

Advertisement

“Operasi menyelamat kedua dilakukan selepas operasi pertama, apabila kami menyelamatkan juruterbang itu pada waktu siang, yang juga sesuatu yang luar biasa, dengan menghabiskan masa selama tujuh jam di ruang udara Iran. Satu operasi yang memperlihatkan keberanian dan kepakaran luar biasa oleh semua pihak!” katanya.

“Saya akan mengadakan sidang media bersama pihak tentera di Pejabat Oval, White House pada Isnin, pukul 1 tengah hari,” tambah beliau.

Trump sebelum itu pada Ahad berkata AS menyelamatkan seorang pegawai tentera dalam “antara Operasi Mencari dan Menyelamat paling berani dalam sejarah AS.”

Sambil menyatakan bahawa pegawai itu mengalami kecederaan, Trump berkata beliau “akan berada dalam keadaan baik.”

Beliau berkata misi itu menyusul selepas operasi berasingan bagi menyelamatkan seorang lagi juruterbang AS pada Jumaat, yang tidak diumumkan lebih awal bagi mengelakkan operasi kedua terjejas.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video